Thursday, April 14, 2011

Suatu Renungan

Sejarah adalah tauladan hidup...
yang baik untuk dipegang
yang jahat untuk dikekang
Ia laksana sebuah pohon rendang yang tumbuh
bercabang yang kukuh
beranting yang rapuh
yang bergayut pada cabangnya yang kukuh selamatlah ia
yang berpaut pada rantingnya yang rapuh celakalah ia

Tauladan hidup untuk manusia yang hidup
yang sedar itu hidup
yang lalai itu mati
cerita-cerita yang melambangkan sejarah hidup insani
untuk dikenang sebagai lambang
terkumpul di dalam 100 kuntum yang kembang
100 tangkai yang tidak songsang
100 contoh yang gilang gemilang
100 Tokoh Wanita Yang Terbilang...!

Syed Ahmad Semait



Setinggi Penghargaan buat Engr Mohd Nazri b. Mohd Nawi kerana menghadiahkan buku motivasi ini kepadaku...

0 comments: