"Perempuan... tinggi mana pun belajar, akhirnya duk kat ceruk dapur jugak."
"Penat je belajar sampai U, tapi tak keje. Kalau tahu, lepas SPM dulu, terus je kahwin"
"Penat je belajar sampai U, tapi tak keje. Kalau tahu, lepas SPM dulu, terus je kahwin"
Pernah dengar tak orang sekeliling cakap macam ni? Negatif sungguh pemikiran orang-orang yang pernah cakap macam ni. Pada zaman sekarang ni, perempuan dan lelaki sama naik mengejar kerjaya. Sehingga ramai yang terlupa pada kerjaya yang cukup popular dari dulu sampai sekarang.."Surirumah Sepenuh masa". Surirumah bukan kerjaya ye? Tiada gaji tetap dan slip gaji, jadi bukan kerjaya...
Agak-agak, bila kita kata yang cita-cita kita nak jadi Surirumah, orang akan gelakkan kita ke? Kalau setakat nak jaga anak-anak, si ibu tak perlu belajar tinggi-tinggi ke? Ingat senang ke nak jaga anak-anak zaman teknologi serba canggih ni? Setakat jaga, mungkin senang la juga tapi nak bagi pendidikan lagi kat anak-anak tu, tak ke si ibu dan si bapa pun kena berpendidikan jugak. Tapi memang tak dinafikan yang ramai je berjaya walaupun mak bapak tak sekolah tinggi...
Bagi aku, aku bangga dapat menjaga anak-anakku sendiri. Nak berpisah kejap pun rasanya tak boleh. Aku nak mereka ada kat depan mata. Walaupun kadang-kadang hilang sabar dengan karenah mereka, biar aku saja yang mendenda mereka bukan orang lain. Lagi satu, aku cemburu kalau anak-anakku membahagikan kasih kat orang lain, maksud aku orang yang menjaga mereka kalau aku kerja. Memang seronok melihat perkembangan anak-anak depan mata sendiri.
Bagaimanapun, kadang-kadang terdetik juga di hati, ingin berkerjaya seperti rakan-rakanku yang lain. Punya duit sendiri dan boleh beli apa yang kita mahu. Tapi jangan silap ye, walaupun ada duit sendiri, kita tetap kena minta izin suami untuk beli sesuatu kerana dia yang memberi kita keizinan untuk berkerja...
Berbalik pada isu surirumah, ada jugak sensitif nya, ada juga rasa rendah diri berbanding kawan-kawan yang berkerja. Lumrah la tu, manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. Sang suami pun kena la main peranan. Dah isteri duduk umah, jaga makan dan minum, jangan la lokek dengan pujian. Rasanya semua isteri suka bila mendapat pujian dari suami, tiap-tiap hari pun tidak mengapa, tak jemu nak dengar pujian dari suami...
Sama-sama lah kita muhasabah diri. Belajar la menghormati hak orang lain. Jika ibu jari kita menunjuk kepada orang lain, empat lagi jari akan menunjuk kembali kepada kita. Jadi, perbaiki diri dan dalam masa yang sama, ajak la orang lain memperbaiki diri masing-masing...
1 comments:
AsSalamualaikum...
Lokasi k.deena di mane skrg ye?
TQ...
Miss u and ur children.
Post a Comment