Thursday, March 12, 2009

Ucapan untuk yang Teristimewa

Ucapan ini aku dedikasikan khas buat suamiku, Mohd Nazri B. Mohd Nawi, yang akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-26 pada 13 Mac 2009. Semoga dapat menghabiskan master dalam waktu yang ditetapkan pada tahun ini:-) Aku berharap semoga doa yang kupanjatkan kepada ALLAH untuk kebaikkan suamiku adalah hadiah yang terbaik daripadaku untuk dirinya. Kuingin dia selalu tersenyum gembira dan ceria:-)

Juga tak lupa ucapan buat baby comel kami, Ahmad Hasanuddin B. Mohd Nazri yang berusia genap 6 bulan di harijadi papanya. Semoga apabila Hasanuddin besar nanti, dia boleh mendoakan kebaikkan buat ibu dan papanya. Engkaulah permata hati dan pengikat kasih ibu dan papa:-)

Tahun ini, aku juga akan berusia 26 tahun. Aku bersyukur kerana dengan umurku sekarang, Allah telah bagi aku nikmat untuk menjadi seorang isteri dan ibu.Kadang-kadang aku tak sedar yang umur aku semakin meningkat. Sebenarnya, aku takut memikirkan bahawa semakin umur kita meningkat, semakin dekat kita dengan kematian. Sebaiknya, setiap hari kita wajib muhasabah diri terutama di harijadi kita. Cuba kita tanya diri kita...apakah bekalan yang akan kita bawa ke 'sana'? Adakah kita pasti esok masih ada untuk kita?

Saturday, January 17, 2009

Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya


Petikan drp tulisan Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, "Hitler Itu Mungkin Ada Benarnya" di Minda Tajdid.

--------------------------------------------------

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

Baca tulisan penuh beliau di Minda Tajdid.

Friday, January 2, 2009

Hancurkan Israel, selamatkan Palestin

Saya terpanggil utk menulis sesuatu setelah agak lama menyepi. Kita dikejutkan dengan peristiwa serangan dan pembunuhan umat Islam Palestin oleh regim Zionist laknatullah. Setelah seminggu berlalu, lebih daripada 400 umat Islam yg terbunuh, manakala ribuan lagi cedera. Namun dunia hanya memandang. US pula meletakkan kesalahan pd Hamas. Itu memang tidak menghairankan kerana kedua-duanya adalaha sekutu utama. Yang menghairankan adalah para pemimpin negara Arab yg berada di sekitar Israel dan Palestin. Mereka terus berdiam diri, seolah tiada apa yang berlaku.

Dalam situasi begini, banyak perkara yg boleh kita lakukan utk menolong saudara kita di Palestin, sekurang-kurangnya mengurangkan beban mereka. Ya, kita memang tidak mampu utk mengangkat senjata bersama-sama umat Islam Palestin melawan Yahudi laknatullah. Namun mudah-mudahan sedikit yg kita lakukan ini dikira sebagai kebajikan yg besar di sisi Allah. Jangan kita lupa utk sentiasa mendoakan kesejahteraan saudara kita. Juga, bantahan terhadap Israel dan sekutu-sekutunya mesti dibuat walau dengan apa cara sekalipun. Mungkin dengan berdemonstrasi, memorandum, petisyen dan sebagainya..semuanya baik, ye lebih baik daripada tak berbuat apa-apa.

Cara memboikot semua produk Israel dan yg menyumbang ke arah pembangunan Israel juga boleh menjadi satu medium yg amat berkesan jika kita melakukannya secara berterusan, bukan sekadar sehari dua. Sekali kita buat keputusan utk tidak menggunakan produk tersebut, sampai bila-bila pun kita tak akan guna. Begitu juga dengan setiap ahli keluarga kita. Saya menyeru sahabat sekalian utk sama-sama kita bangkit melawan Yahudi dengan cara boikot ini. Lebih terperinci tentang kempen boikot Israel ini, berserta dengan produk-produk mereka boleh di lihat di sini.

Jihad itu wajib bagi setiap umat Islam apabila tanahair umat Islam di rampas, dan umat Islam dibunuh di tanahair mereka sendiri.

Wednesday, November 12, 2008

bila..

Bila dah ada anak ni makin terasa yang masa tu sangat penting. Jika dalam pantang dulu, ada orang yang tolong masakkan makanan, tolong basuhkan pakaian. Pendek kata, tugas aku cuma layan Hasanuddin. Bila balik ke rumah sendiri, segalanya perlu diuruskan sendiri. Nak buat kerja-kerja tu semua bukan boleh ikut masa yang dulu.

Bila Hasanuddin dah jaga dari tidur, tak dapatlah aku nak buat kerja lain. Layanlah si kecik sorang ni sampai dia tidur balik, baru boleh buat kerja. Lagipun Hasanuddin menyusu badan, tak bolehlah papa dia nak jaga hasanuddin lama-lama. Kadang-kadang ragamnya menguji kesabaran kami berdua. Oleh sebab itu, sementara nak tunggu dia besar dan boleh berfikir sendiri, memang perlu banyak bersabar.

Bila Hasanuddin dah tidur, masa inilah nak buat macam-macam kerja. Waktu mula-mula balik rumah sendiri dulu kelam kabut jugak dibuatnya. Sekarang dah boleh sesuaikan diri;-) Jika dulu aku boleh buat sesuatu kerja lambat-lambat, tetapi sekarang, semua kerja aku belajar buat dengan cepat.

Bila semua kerja dibuat bersama, beban terasa ringan. Aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang ringan tulang dan tidak berkira dalam soal membuat kerja rumah. Semoga Allah memberi balasan yang setimpal dengan apa yang telah abang lakukan untuk keluarga kita:-)

Tuesday, October 21, 2008

Family photo at Taman Tasik Taiping

Beberapa gambar famili di Taman Tasik Taiping pd 4 Oktober 2008, bersamaan 4 Syawal 1429H. Akhirnya hajat ibu & bapak tersayang, Puan Hjh Normah by. Yahaya dan Tuan Hj. Yacop bin Yusop untuk dapat bergambar bersama kesemua ahli keluarga (anak-anak, menantu-menantu, dan cucu-cucu..tp cicit belum ada lg) dimakbulkan Allah.

Elegant pose & nice scenery




Seven of us - Deena, Yong, Yang, Abg Chor, Abg Chik, Kak Ma & Kak Chu.. with mak & bapak

Sunday, October 12, 2008

13 Oktober 2008

Rasanya begitu cepat masa berlalu. Hari ini genap sebulan kelahiran Hasanuddin ke dunia. Ini bermakna aku juga sudah sebulan berpantang walaupun sebenarnya tidak semua pantang larang orang tua-tua itu yang aku ikut;-)

Kesakitan bersalin yang aku alami sebulan lalu semacam sudah beransur-ansur hilang dalam ingatan. Sekarang aku sibuk melayan kerenah si kecil yang pelbagai. Hasanuddin walaupun badannya kecil tetapi sangat aktif. Bila dia berjaga, kakinya sentiasa bergerak seperti orang mengayuh basikal dan tangannya juga ikut bergerak seperti orang bertinju.

Hari demi hari, melihat Hasanuddin membesar di depan mata adalah pengalaman yang amat menarik. Bila terpandang mukanya, hati sentiasa rasa gembira. Memang tidak dinafikan yang kadangkala letih juga melayan Hasanuddin terutama bila dia susah nak tidur tetapi bila memikirkan yang dia masih kecil dan belum boleh berfikir sendiri, layankan saje semua kerenahnya:-)

Setakat ini, aku dan suami tidak menghadapi banyak masalah untuk menjaga Hasanuddin. Suamiku juga semakin pandai memegang dan melayan Hasanuddin walaupun pada awalnya dia agak kekok melakukan semua itu.

Kelahiran Hasanuddin sememangnya membawa keceriaan buat kami suami isteri:-) Semoga Hasanuddin menjadi seorang anak yang taat pada Allah dan kami suami isteri..ameen!

Tuesday, October 7, 2008

mengantuk

Hasanuddin tidur sambil tersenyum..

Orang tua-tua kata, baby yang lahir waktu siang akan berjaga malam dan sebaliknya. Boleh percaya ke?? Hasanuddin (my baby) lahir waktu siang dan dia memang suka berjaga malam. Boleh dikatakan tiap-tiap jam dia bangun menyusu badan. Kadang-kadang ibunya (akulah tu) sampai tersengguk-sengguk menahan mengantuk menyusukan Hasanuddin. Pukul 5 pagi selalunya Hasanuddin bangun dan tak mau tidur sampai ke pagi. Aku pulak mengantuk yang amat sangat. Rasa nak marah pun ada tetapi suami selalu memujuk dengan ayat.. "itulah pengorbanan seorang ibu":-)